[#dotr]
 [History]
 [Home]
 [Archives]
 [Zion Mainframe - New Window]
 [Gallery]
  [Rebel Radio]
 [Message Board]
 [Reloaded]
 [Links]
                      
English Español Deutsch Românã [Japanese]

Panduan Matrix Community Message Board

Panduan ini hanyalah satu set cadangan tentang bagaimana anda harus berkelakuan di matrixcommunity.org. Oleh kerana kami percaya dan menyokong akan kebebasan bersuara, panduan ini tidak perlu diambil sebagai undang-undang di sini. Ia berkaitan dengan sejarah kommuniti dan etika asas sewaktu di Internet. Sila membiasakan diri dengan panduan ini supaya anda boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah dengan ahli-ahli kommuniti yang lain. Panduan forum yang lebih terperinci tertulis di muka surat di bawah ini.

Serangan ad hominem amat tidak dialu-alukan oleh ahli-ahli The Matrix Community. Ad hominem adalah serangan yang bertujuan untuk mengejek, menimbulkan pergaduhan, dan menyakitkan hati ahli-ahli di sini.

Jika anda berpendapat bahawa anda tidak boleh membuat pendirian anda tentang suatu isu tanpa menyerang atau bergaduh dengan pihak lawan secara peribadi, sila ambil inisiatif untuk berkomunikasi dengan pihak lawan dengan menggunakan fungsi mesej peribadi (private message) atau e-mel. Jika anda masih tidak berbuat demikian, satu bebenang perbualan 'Barking Grounds' akan dibuat bagi anda untuk menyelesaikan masalah dengan pihak lawan di tempat tersebut, bagi mengelakkan perbincangan di forum ini tergendala.

Moderator dan Administrator di The Matrix Community Message Board sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam isu mempos jawapan anda di tempat perbincangan, dan akan menjaga integriti di sini. Mereka adalah ahli kommuniti dan para sukarelawan, bukan seseorang yang berkuasa dalam segala hal berkait dengan kommuniti ini. Anda berhak mendapat penjelasan tentang kelakuan dan perbuatan Moderator dan Administrator.

Moderator dan Administrator telah dilantik oleh ahli kommuniti atau telah menghulurkan pertolongan mereka secara sukarela, dan telah diundi oleh ahli kommuniti. Ia telah diputuskan dalam pengundian ini bahawa status moderator akan tamat tempoh kerana tidak menghadirkan diri di Matrix Community tanpa sebarang sebab selama tiga bulan, manakala status Administrator tidak akan tamat tempoh secara automatik. Isu-isu yang lain daripada ketidakhadiran di Matrix Community akan dibincangkan sebagai kes asing.

Administrator mempunyai kuasa terhadap kesemua fungsi dalam forum ini. Mereka boleh membuat forum baru, membuang dan mengharamkan ahli forum ini, mempos berita terkini tentang forum, e-mel serta lihat maklumat mengenai ahli forum, menukar kandungan yang menyelaraskan 'Recent Visitors and Poll', dan lain-lain lagi. Kuasa Administrator adalah lebih kurang sama dengan Moderator. Administrator yang terlibat dengan kommuniti ini adalah Velouria75 (hal ehwal awam), Graphic Enemy (keseimbangan) dan furiosity (hal ehwal teknikal).

Moderator dan Administrator mempunyai kuasa untuk: Pihak Moderator tidak boleh: Jika anda percaya satu atau lebih daripada perkara-perkara di atas telah berlaku di mana-mana forum ini, sila hantar maklumat yang berikut kepada seseorang pengguna forum, dan kepada seorang Moderator (daripada forum yang lain) atau kepada Administrator (anda boleh menghubungi salah seorang daripada mereka yang anda merasakan boleh berkomunikasi dengan anda):
  1. URL atau alamat bebenang perbualan
  2. Nama Moderator yang anda merasakan telah melanggar undang-undang
  3. Perkara-perkara lain yang berkaitan
Sila guna mesej peribadi untuk menhubungi sesiapa yang anda merasakan akan menyenangi komunikasi anda.

Panduan Khas Forum

Forum: Deep Image

Forum ini dikhaskan untuk perbincangan mengenai filem-filem The Matrix yang telah ditayangkan secara awam, sama ada di panggung wayang atau dalam televisyen. Ini termasuk The Matrix (1999) dan The Matrix Revisited (2001). Sila ambil perhatian bahawa jika topik perbualan yang dibuat tidak mempunyai kaitan dengan filem-filem tersebut, maka bebenang perbualan anda mungkin akan dipindahkan ke forum yang sepatutnya. Bebenang perbualan yang asal akan dikunci dan alamat ke lokasi barunya akan diberitahu.

Forum: Déjà Vu

Forum sementara ini adalah dikhaskan untuk perbincangan mengenai Matrix: Reloaded dan Matrix: Revolutions. Ia dibuat supaya ahli-ahli kommuniti yang belum melihat kedua-dua filem tersebut masih boleh mengambil bahagian dalam perbincangan tanpa mengetahui jalan cerita filem-filem itu. Forum ini mewarisi Kod Etika Forum Informant, di mana topik perbincangan tidak boleh mengandungi maklumat spoiler. Moderator dibenarkan mengubah tajuk perbualan, tetapi Tahap Awas Spoiler tidak dijalankan di sini. Apabila kedua-dua filem ini telah ditayangkan di semua negara, maka forum Déjà Vu akan dicantumkan dengan forum Deep Image dan dibatalkan sama sekali. Perbincangan yang dibuat dalam forum Déjà Vu akan dikekalkan, tetapi URLnya akan berubah.

Forum: The Construct

Forum ini dikhaskan untuk topik mengenai apa-apa sahaja. Bebenang perbualan akan dipindahkan jika terdapat pendapat bahawa ia mungkin lebih sesuai berada dalam forum yang lain.

Forum: The Nebuchadnezzar

Forum ini dikhaskan untuk perbincangan mengenai Matrix Community (masyarakat forum Matrix)- projek, laporan pepijat, permintaan fungsi baru, pertanyaan untuk pihak Moderator dan Administrator, mesyuarat, dan lain-lain lagi. Sila ambil perhatian bahawa jika bebenang perbualan anda tidak mempunyai kaitan dengan Matrix Community, ia mungkin akan dipindahkan ke forum yang betul. Bebenang perbualan yang asal akan dikunci dan alamat ke lokasi barunya akan diberitahu.

Forum: Informant

Forum ini dikhaskan untuk tujuan mempos berita dan khabar angin mengenai filem-filem Matrix atau projek-projek yang berkaitan, serta perbincangan mengenai desas-desus tersebut. 'Spoiler' adalah berita awal mengenai suatu film yang boleh menjejaskan cerita dan pengetahuan seseorang terhadap filem tersebut.

Di bawah ini adalah spoiler panduan yang dikumpulkan oleh gOoBaLL dan sepertimana yang telah diundi oleh ahli-ahli forum ini:

Tahap dan Criteria untuk Spoiler

Tahap 1 [Hijau] - For Potentials

Untuk komen mengenai proses perfileman tetapi dengan kurang penjelasan. Contohnya, kontrak syarikat perfileman, laporan set tanpa maklumat yang disahkan benar, atau pelakon potensi (tanpa nama watak).

Tahap 2 [Kuning] - Alert

Mengenai maklumat yang telah disahkan (atau tidak), daripada sumber yang boleh dipercayai (atau tidak) - seperti babak filem yang tidak akan merosakkan cerita, serta nama watak, dan mengandungi penerangan ringkas.

Tahap 3 [Merah] - Hull Breach

Mengenai maklumat yang telah disahkan (atau tidak), daripada sumber yang boleh dipercayai (atau tidak), mengandungi gambaran watak dan jalan cerita yang jelas.

Jika bebenang perbualan mempunyai spoiler tahap 3, maka bebenang tersebut harus dinamai dengan: Spoiler Hull Breach: [nama bebenang perbualan]. Sila ambil perhatian bahawa pihak Moderator daripada forum Informant berkuasa menyunting nama bebenang perbualan tersebut.

Kod Etika

  1. Pos pertama dalam suatu topik berbualan tidak perlu dihitamkan kerana kategori spoiler telah dijelaskan bersama dengan nama bebenang perbualan tersebut.
  2. Nama bebenang perbualan hanya boleh memberi gambaran dah tidak memberi maklumat selebihnya.
  3. Jika pos yang berikutnya mempunyai spoiler yang berbeza daripada yang diberitahu dalam bebenang perbualan tersebut (atau jika bebenang perbualan itu tidak mengandungi spoiler), maka amaran harus diberi - contohnya, Spoiler Hull Breach: [kandungan spoiler], dan menghitamkan spoiler. Walaupun tahapnya mungkin lebih rendah daripada spoiler bebenang perbualan yang asal, ia masih harus dihitamkan dan diberi tahap spoiler yang baru, untuk mengelakkan pengguna forum yang tidak ingin tahu akan spoiler daripada terbacanya.
  4. Jika perbincangan tentang teks yang dihitamkan timbul, maka aspek spoiler daripada perbincangan harus dihitamkan, tetapi amaran tidak perlu diberikan.
  5. Proses penghitaman teks tidaklah perlu jika spoiler telah dihitamkan pada mulanya - contohnya, spoiler yang ada dalam bebenang perbualan (sila lihat kod di atas).

Sila ambil perhatian bahawa jika bebenang perbualan anda tidak mempunyai kaitan dengan filem yang masih dalam proses penghasilan, bebenang tersebut mungkin boleh dipindahkan. Bebenang perbualan yang asal akan dikuncikan dalam forum dan alamat barunya akan diberitahu.

Forum: Sci-Fi

Forum ini dikhaskan untuk bebenang perbualan mengenai fiksyen sains. Ini tidak termasuk The Matrix, kerana telah terdapat forum untuk tujuan tersebut. Perbincangan mengenai topik fiksyen sains adalah amat dialu-alukan dalam forum ini. Sila ambil perhatian bahawa jika bebenang perbualan anda tidak mempunyai kaitan dengan fiksyen sains, pos anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi yang sepatutnya. Bebenang perbualan yang asal akan dikunci dan alamat barunya akan diberitahu.

Forum: Temet Nosce

Forum ini dikhaskan untuk perbincangan dalam bahasa lain daripada bahasa Inggeris, termasuk bahasa bukan Latin yang mengandungi ciri-ciri khas dalam hurufnya (seperti bahasa Cina dan bahasa Jepun). Ia juga mewarisi panduan kesemua forum yang lain, termasuk Tahap Awas Spoiler dan Kod Etika dari forum Informant.

Forum: Pirate Signal

Forum ini dikhaskan untuk perbincangan di antara Administrator dan Moderator, yang mungkin boleh menjejaskan perhubungan dalam kommuniti ini jika dibincangkan secara awam. Ini mungkin berkaitan dengan aspek sekuriti, jalan-jalan spesifik yang dilakukan, lokasi maklumat sensitif, ahli yang menyalahgunakan fungsi forum, dan lain-lain. Forum ini bertujuan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk menetapkan suatu keputusan. Ia juga bukanlah tempat lepak untuk Moderator dan Administrator.
Persetujuan tanpa pendedahan telah diputuskan untuk forum ini, yang mana Moderator dan Administrator bersetuju bahawa segala yang telah dibincangkan dalam forum Pirate Signal dan menggunakan fungsi komunikasi peribadi (e-mel, IM, PM, IRC, sama ada melalui penulisan atau percakapan) akan dikekalkan sebagai peribadi dan tidak boleh diberitahu kepada sesiapa di dalam atau luar kommuniti, sehingga parti yang berkaitan bersetuju untuk melepaskan maklumat kepada orang awam. Ini adalah sebagai satu jalan sekuriti untuk mengelakkan Moderator daripada menyalahgunakan kuasa mereka, dan bukanlah untuk menyembunyikan maklumat daripada ahli kommuniti.


Versi Bahasa Melayu diterjemahkan oleh Savager.

English Español Deutsch Românã [Japanese]
Disclaimer | Privacy Policy | Contact Us
XHTML 1.0 Valid! CSS Valid!